Malaysia is 180 years backwards.


Tidak logik banding kemenangan Obama

PUTRAJAYA 7 Nov. - Sebarang percubaan untuk membandingkan atau menyamakan kemenangan Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dengan sentimen politik Malaysia bukan sesuatu yang logik dan ia di luar realiti.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau hairan dengan tindak tanduk pihak terbabit yang cuba 'tumpang semangkuk' kemenangan Obama agar dapat dikaitkan dengan senario politik negara.

Tegas beliau, hakikatnya banyak sangat perbezaan antara AS dan Malaysia termasuk struktur pentadbirannya yang berbeza.

''Mereka (AS) tidak ada peruntukan yang berkait dengan pelbagai kaum. Politik dan masyarakat kita berbeza dengan negara itu walaupun nilai demokrasi serba sedikit boleh dikaitkan.

''Malah AS sudah menjadi negara bebas sejak tahun 1777 sedangkan kita, 1957," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kolum Bisik-Bisik Awang Selamat Utusan Malaysia hari ini yang tidak selesa dengan analisis tertentu mengaitkan pemilihan Obama yang juga warga kulit hitam pertama sebagai Presiden AS dengan politik Malaysia.

Menurut kolum itu, sudah kedengaran suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka dari belenggu isu perkauman.

Dengan mengambil Obama sebagai contoh, Tee Keat berkata: ''Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)."

Tindakan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS dipersoalkan banyak pihak kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.



A forummer said :"Of course illogical. Malaysia have racist in BN. Malaysia is 180 years backwards."

Utusan Link

0 comments

eXTReMe Tracker